Pengasas KQuran:
Puan Hannah Hazirah
Pengasas Utama iaitu Puan Hannah Hazirah merupakan graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Perbandingan Agama seterusnya menamatkan pembelajaran peringkat sarjana dalam bidang yang sama di UIAM. Ustazah Hannah yang berasal dari Kuantan, Pahang mempunyai pengalaman mengajar mengaji hampir 10 tahun untuk semua peringkat umur termasuk sahabat Muallaf dan kanak-kanak berumur 5 tahun. Pengasas KQuran juga telah menyediakan dan menyusun silibus pembelajaran Fardhu Ain kepada Muallaf Hidayah Centre Foundation Kuantan (HCF) selama 2 tahun. Malah, berkat pengalaman yang dimiliki ketika menyertai Kelab-Kelab dan Persatuan di UIAM seperti Quranic Youth Club (QYC), Ustazah Hannah sentiasa ingin menyediakan pengurusan dan pentadbiran yang terbaik ketika berkhidmat di mana-mana sahaja.